Wednesday, June 23, 2010

Wee Ka Siang Biadap Tak Hormati Perlembagaan Negara

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung Negeri Selangor (GPMS Selangor) kesal dan kecewa dengan kenyataan Timbalan Menteri Pelajaran, Datuk Dr Wee Ka Siong yang mempertikai dan menyentuh soal pemberian biasiswa MARA kepada pelajar Bumiputera dalam ulasannya mengenai langkah Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan.

Biasiswa MARA melibatkan soal hak istimewa orang Melayu yang termaktub dalam Perlembagaan Negara.

Sehubungan dengan itu, GPMS Selangor memohon perhatian YAB Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abd Razak untuk memecat Datuk Dr Wee Ka Siong yang ternyata biadab dan tidak menghormati Perlembagaan Negara.

Orang seperti Dr. Wee Ka Siong, orang yang biadap yang tidak tahu dan tidak mahu menghormati Perlembagaan Negara dengan menafikan hak dan maruah Bumiputera, tidak sepatutnya berada dalam kabinet.

Dalam masa yang sama, GPMS Selangor turut mendesak agar pihak MARA menyediakan dan menambahkan biasiswa kepada pelajar Bumiputera, bertujuan melahirkan modal insan yang berkualiti bagi menjamin kesinambungan keupayaan negara di masa akan datang.

GPMS Selangor mencadangkan agar fokus penajaan biasiswa ini adalah kepada bidang-bidang kritikal dan keutamaan yang diperlukan oleh negara pada masa hadapan, seperti perubatan, pergigian, farmasi dan kejuruteraan.

GPMS Selangor berpendapat, tindakan JPA akan menghentikan secara berperingkat-peringkat pemberian biasiswa kepada pelajar yang mengikuti kursus ijazah sarjana muda di luar negara mulai tahun depan, akan memberi kesan kepada usaha menambah peratusan bilangan profesional bumiputera pada masa akan datang.

Mengikut pecahan kaum, bumiputera didapati mempunyai bilangan profesional paling rendah peratusnya dan menerusi penajaan MARA nanti, ia mampu menambah jumlah profesional Bumiputera memandangkan kursus yang dicadangkan ialah dalam bidang profesional.

4 comments:

  1. Kalau ada orang nak bercakap apa salahnya tapi yang pasti ianya tidak memberi kesan kerana Melayu masih memegang tampok kerajaan lainlah kalau mereka-mereka ini.

    ReplyDelete
  2. xkn kami biarkan maruah melayu di cabar!!!!

    ReplyDelete
  3. sewajarnya digerakkan program kesedaran di kalangan orang-orang Melayu. Kelahiran begitu ramai Melayu Liberal yang sudah tidak mementingkan perjuangan Melayu dan golongan ini tidak diperbetulkan oleh pimpinan Melayu akan merosakkan kepentingan dan keistimewaan orang-orang Melayu. Kebanyakkan mereka ini adalah mereka yang telah berjaya kerana dasar membantu Melayu tetapi mereka sudah lupa.

    ReplyDelete