Friday, August 7, 2009

Bowling GPMS Shah Alam @ Summit USJ



GPMS Cawangan Shah Alam telah menganjurkan Pertandingan Bowling Tertutup GPMS Shah Alam di Summit USJ, 6 Ogos lalu. Pertandingan ini merupakan satu usaha GPMS Shah Alam mengumpulkan semula tenaga penggeraknya yang sebelum ini aktif di GPMS Cawangan Khas UiTM Shah Alam.

Yang DiPertua GPMS Shah Alam, saudara Amir Hamzah Ismail berkata, program ini sebagai satu permulaan perjuangan GPMS Shah Alam akan bermula. Sehubungan dengan itu, Amir mengharapkan agar lebih ramai sahabat-sahabat dari GPMS Shah Alam yang satu ketika dulu cukup aktif bersama ketika di kampus untuk kembali menyumbang tenaga dan kepakaran untuk menerukan perjuangan ini.

“Walaupun sedar ramai di kalangan mereka sudah berkeluarga dan mempunyai karier masing-masing, namun menjadi harapan GPMS Shah Alam untuk melihat lebih ramai yang tampil walaupun hanya sekadar memberikan buah fikiran bagi memastikan kesinambungan perjuangan ini tidak berakhir”.

Saudara Mohd Faizal Mohd Salleh, EXCO GPMS Kebangsaan telah menyampaikan hadiah kepada para pemenang.

Tahniah pada saudara Fairoze (Ajak) kerana berjaya menjayakan program kali ini dengan baik, walaupun tidak dapat mengumpul 100% sahabat-sahabat lama, namun ia merupakan satu permulaan yang baik.


GPMS Shah Alam boleh dihubungi di : www.gpms-shahalam.blogspot.com

Tuesday, August 4, 2009

KEM ASAS PENERAJUI WARISAN (KPW) GPMS Caw Khas UNiSEL Shah Alam

Setelah beberapa kali tertangguh penganjurannya, akhirnya KPW 1 yang telah di adakan di Dusun Eco Resort, Bentong Pahang pada 26-28 Jun 2009 lalu telah berjaya mencipta satu lagi episod sejarah dalam penubuhan GPMS Caw. Khas Unisel Shah Alam.

Para Peserta yang rata-ratanya siswa siswi baru Unisel Shah Alam dalam komen-komen mereka melahirkan rasa gembira dan mahu agar program seperti ini dijalankan secara program tahunan dan berterusan.

Jutaan terima kasih kepada Sdr. Amir Hamzah dan sahabat-sahabat GPMS Shah Alam di atas kesudian meluangkan masa berkongsi ilmu sepanjang program diadakan. Tidak dilupakan juga, 'otai' GPMS, Angah yang banyak mendidik dan memberikan tunjuk ajar beliau.

Belajar Terus Belajar!





Sunday, August 2, 2009

PROGRAM SEHARI BERSAMA GPMS UiTM 2009

Program yang baru sahaja dijalankan baru-baru ini adalah Program Sehari Bersama GPMS UiTM 2009 yang julung-julung kalinya diadakan kerjasama antara GPMS cawangan khas yang lain di Malaysia.

Program telah berlangsung dengan lancarnya dari 17hb hingga 18hb Julai 2009, yang bertempat di Kampus Puncak Perdana. Objektif program ini dijalankan untuk mengabungkan GPMS setiap cawangan untuk sama-sama berkumpul dan berbincang tentang hala tuju GPMS pada masa hadapan sebagai platform untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sosial sejajar dengan Mukadimah GPMS.




Selain itu, menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan pelajaran untuk survival bangsa di tanah air sendiri.

Cawangan yang hadir untuk menjayakan program ini adalah exco-exco GPMS UiTM cawangan Dungun, Terengganu, exco-exco GPMS cawangan Unisel Bestari Jaya dan exco-exco GPMS cawangan UiTM Shah Alam. Jemputan yang turut hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program adalah mantan-mantan dan alumni.




Penceramah khas di jemput hadir untuk berucap bagi menaikkan semangat hadirin yang hadir adalah En. Mohd Faizal Mohd Salleh wakil dari GPMS Kebangsaan, En. Abu Zarin wakil dari Biro Tatanegara cawangan Selangor dan En. Akmal Dahlan (Sarjen).

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.45 petang pada hari sabtu iaitu 18 julai 2009. Pada malam hari, exco-exco menyertai permainan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli GPMS. Pada akhir pertemuan, mereka yang hadir telah memberikan reaksi yang positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program-program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan pastinya lebih baik dari sebelumnya.

Di kesempatan ini, di ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. HIDUP GPMS!!!