Wednesday, November 25, 2009

HARAM SERTAI PROGRAM BTN: Kerajaan Selangor Takut Bayang-Bayang Sendiri

Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

Pengerusi GPMS Selangor


Saya juga pernah menjadi pelajar dan pernah mengikuti kursus BTN. Sehingga hari ini saya masih berterima kasih kepada BTN kerana membantu membangunkan diri saya untuk menjadi warganegara yang baik. Bagi saya, mereka yang tidak berterima kasih bukanlah warganegara yang baik, sama tarafnya dengan Namawee yang sehingga kini masih mencemuh negara kelahirannya sendiri.

Saya tidak nampak di mana salahnya BTN dalam menjalankan fungsinya sebagai satu agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM). Mereka ini hanya nampak satu titik hitam di atas sehelai kertas putih. Modus operandi mereka sama sepertimana yang mereka lakukan untuk menghapuskan ISA.

Bagi mereka, apabila ISA sudah terhapus, bebaslah mereka untuk melakukan kejahatan terhadap negara. Begitu jugalah, apabila pelajar mula dihalang untuk mengikuti aktiviti BTN, maka mudahlah untuk mereka menyesatkan lagi pemikiran pelajar-pelajar pewaris negara ini dengan sejarah-sejarah negara yang diselewengkan.

Salah satu fungsi BTN juga adalah untuk menerangkan dasar-dasar kerajaan. Adakah pelajar-pelajar di bawah kerajaan negeri seperti Universiti Industri Selangor (Unisel), Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor (KUIS) dan Kolej Antarabangsa INPENS tidak berhak tahu mengenai dasar-dasar kerajaan ini sedangkan kebanyakan dari mereka juga merupakan peminjam PTPTN yang juga merupakan sebuah agensi di bawah kerajaan Pusat.

Seharusnya mereka sebagai orang yang menyokong demokrasi membenarkan para pelajar untuk duduk mendengar pula dari pihak yang lain. Berikan kebebasan kepada pelajar. Jangan heret mereka ke kancah politik kotor yang hanya berlandaskan nafsu tanpa pemikiran yang waras.

Pelajar adalah pewaris kepimpinan negara. Kerana kita sayangkan merekalah, maka mereka ini didedahkan dengan fakta. Bukan seperti mereka itu yang hanya mendedahkan perkara-perkara yang auta dan bersandiwara semata-mata.

Kerajaan Selangor di bawah pentadbiran Pakatan Rakyat sebenarnya cuba memesongkan pemikiran rakyat disebalik isu dan keretakan kerajaan PR ini dengan menjadikan BTN sebagai `kambing hitam’ dalam menutup kelamahan-kelemahan mereka ini.

Hakikatnya, kursus dan program-program BTN bukanlah menyuruh atau mengarahkan peserta dan orang untuk menyokong mana-mana parti politik tertentu, tetapi program-program yang dianjurkan adalah untuk menyintai dan menghargai kemerdekaan tanah air (Negara).

Kalau kita sayangkan tanah air maka keamanan dan kemakmuranlah yang paling penting. Untuk mencapai keamanan perpaduan perlu diberikan keutamaan. Sekarang apa yang dapat dilihat, Pakatan Rakyat yang berusaha untuk memecah belahkan kaum dan rakyat, khususnya di Selangor.

Pakatan Rakyat sengaja menimbulkan isu perkauman untuk menagih simpati dan menutup pepecahan yang sedang berlaku pada mereka. PR takut pada BTN kerana takut rakyat akan sedar akan penipuan mereka selama ini.

779 pelajar sertai 'Kempen 1 Buku Ke Menara' anjuran GPMS (Sinar Harian, S3, 21 Nov 09)

GPMS edar 1,000 naskhah buku (UM,pg27, 21 Nov 2009)

Tuesday, November 24, 2009

Jelajah Gunung Merapi, Jogjakarta - GPMS Shah Alam

Gunung Merapi, Jogjakarta, Indonesia.

17 hingga 22 Jun 2009.

Diantara aktiviti ahli GPMS-SA adalah melakukan aktiviti-aktiviti luar seperti mendaki gunung. Kami bukanlah asyik menjalankan latihan dan kursus motivasi sahaja tetapi sering juga menjalankan aktiviti rekreasi luar. Aktiviti menarik seperti ini selain dapat menguatkan mental dan fizikal ia juga dapat menambahkan pengalaman kami semua. Harus diingat! pengalaman seperti ini tidak ada di dalam buku atau kuliah..

."Jauh perjalanan luas pengalaman"

..adalah menjadi harapan kami juga agar adik-adik dan sahabat-sahabat di luar sana melibatkan diri dengan aktiviti-aktiviti yang berfaedah seperti ini.. ingat ya.. kita perlu ada rasa tanggungjawab bukan sahaja kepada diri kita sendiri dan keluarga tetapi perlu bertanggungjawab kepada kawan-kawan dan masyarakat juga.. kerana kawan-kawan dan masyarakatlah yang akan mempengaruhi perkembangan diri dan keluarga.

..untuk peringatan kami sendiri dan belia diluar sana.. "lihat dengan hati" keadaan generasi pewaris bangsa kita, sanggupkah kita melihat keruntuhan demi keruntuhan akhlak yang berlaku disekeliling kita? sumbangan dan keringat anda sangat diperlukan untuk membentuk generasi Cemerlang yang Berintegriti dan Akauntabiliti!

“di atas puncak itu kami melihat kebesaran maha pencipta.. kami bersyukur dan kami mengerti akan kerdilnya diri ini.. kami abadikan setiap memori dalam diri untuk terus berbakti"

.

"yang ada di atas puncak gunung itu adalah ketenangan... siapa pencipta gunung itu.. carilah untuk mendapat ketenangan itu"

.

"Perjuangan Belum Selesai ke? Ataupun Perjuangan Harus Diteruskan..."

.

Disediakan oleh,

Saudara Mohd Fairoze Mazly Bin Hj. Zulkifli

Monday, November 23, 2009

TAHNIAH: `2 i’ GPMS Selangor Pikul Tanggungjawab berat di GPMS Kebangsaan

Bagi pihak kepimpinan GPMS Negeri Selangor, ingin mengucapkan TAHNIAH kepada dua wakil GPMS Selangor yang terpilih dan dilantik dalam kepimpinan GPMS Kebangsaan baru-baru ini.

Tahniah kepada Ketua Penerangan GPMS Selangor, saudara Irmohizam Ibrahim yang dilantik sebagai Ketua Penerangan GPMS Kebangsaan dan Naib Pengerusi GPMS Selangor, saudara Ismadee Asmara Ishak yang mendapat undi tertinggi jawatan Majlis Kerja Tertinggi.

Amanah dan tanggungjawab besar yang dipikul oleh dua anak muda GPMS Selangor ini, semoga dengan kerjasama dan komitmen kita semua, harapan besar GPMS Selangor kepada Irmo dan Ismadee dapat dibawa ke peringkat pusat untuk membawa suara Selangor, suara pelajar-pelajar Melayu di Selangor untuk kita sama-sama membangunkan dan memperkasa perjuangan kita di Selangor.

GPMS Selangor akan terus menyokong dan memberikan kerjasama terbaik kepada GPMS Kebangsaan khususnya membantu Irmohizam dan Ismadee dalam menjalankan tugasnya di GPMS Kebangsaan.

Sekitar PAT GPMS Kebangsaan di UiTM Shah Alam (20-22 Nov 2009)








Monday, November 16, 2009

Calon dari Selangor: CALON NAIB PRESIDEN GPMS


BIODATA RINGKAS

Nama : HAJI IRMOHIZAM BIN IBRAHIM

Telefon : 019 270 2020

E-mail : irmohizam@gmail.com

PENDIDIKAN

a) SRK (1) Kelana Jaya, Petaling Jaya, Selangor D.E.

b) SM (L) Bukit Bintang, Petaling Jaya, Selangor D.E.

c) SM Sains Tengku Abdullah, Raub Pahang D.M.

d) Ijazah Muda Undang-Undang, UIAM (Kepujian)

e) Dip. Lanjutan Undang-Undang Syariah dan Amalan Guaman, UIAM

f) Sarjana Undang-Undang, UKM (Kepujian)

g) Melanjutkan Pengajian Doktor Falsafah di Universiti Kebangsaan Malaysia

PENGALAMAN KERJAYA

Peguambela & Peguamcara Malaya, Pegawai Khas Menteri Pendidikan,

Pegawai Khas Menteri Pengajian Tinggi , Pegawai Khas Menteri Kemajuan

Luar Bandar dan Wilayah , Pensyarah Fakulti Undang-Undang UiTM dan

Ketua Unit Perhubungan Korporat dan Perhubungan Luar FUU, UiTM

PENGALAMAN NGO

-Setiausaha Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan (MPPK) (2001-2006)

-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Gerak Bakti (2000)

-Exco Alumni Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (2003)

-Penasihat Undang-Undang Tengku Panglima Di Raja Selangor

-Pengerusi J/K Pengguna , Exco Majlis Belia Malaysia

-Setiausaha Agung Majlis Belia Selangor

-Exco Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung, GPMS

-Pesuruhjaya Pengakap Ibu Pejabat (Perhubungan) Kebangsaan

-Ahli Majlis Perundingan Belia Negara

-Ahli Lembaga Pemegang Amanah Kursi Tun Abdul Razak

-Timbalan Pengerusi Lembaga Pertubuhan Alumni UKM

-Ahli Panel Perunding Pendidikan Pengguna Gabungan Persatuan

-Pengguna-Pengguna Malaysia (FOMCA & CEUPACS & NCWO & MBM)

-Ketua Penerangan GPMS Selangor

-Ahli GPMS Cawangan Subang

ANUGERAH

a) Anugerah Pembimbing Rakan Sebaya Terbaik UIAM (1995)

b) Anugerah Khidmat Cemerlang, Kementerian Pendidikan Malaysia (2003)

c) Pingat Jasa Kebaktian (PJK ) Selangor 2003

d) Bintang Cemerlang Melaka (BCM) 2006

e) Certificate of Achievement (The Economist) 2006

f) Pingat Peringatan 100 Tahun Penubuhan Persekutuan Pengakap Malaysia

(2009)

Thursday, November 5, 2009

PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN GPMS: SELANGOR KEMUKA DUA CALON

Nov ini, GPMS akan mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan di peringkat pusat. Setelah sepenggal Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican memimpin GPMS, pada tahun ini beliau telah mengumumkan untuk mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada muka baru untuk memimpin GPMS.

Persoalannya siapa? Timbalan Presiden, Syed Anuar Syed Mohamed pasti tidak bertanding atas faktor umur serta Naib Presiden, Hang Tuah Din yang juga mengalami situasi yang sama.

Dua nama yang disebut-sebut ialah saudara Jais Karim dan Saudara Rosdi Amir, kedua-duanya merupakan Naib Presiden GPMS pada penggal ini. Apapun, kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing, sebagai ahli, siapa sahaja yang bakal menduduki tahta Presiden kelak, kita akan sokong dan bantu demi menjayakan perjuangan GPMS demi pelajar-pelajar Melayu.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami di GPMS Selangor untuk mengumumkan dua calon yang menawarkan diri untuk turut bertanding dalam pemilihan akan datang.

Ketua Penerangan GPMS Selangor yang juga EXCO GPMS Pusat sekarang, saudara Irmohizam Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden GPMS Kebangsaan manakala Naib Pengerusi GPMS Selangor, saudara Ismadee Dato’ Ishak menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi GPMS pada penggal yang akan datang.

Bagi pihak GPMS Selangor, sokongan dan harapan diberikan sepenuhnya kepada Irmo dan Ismadee, jika dipilih nanti…. Percayalah bahawa darah perjuangan Allahyarham Aminuddin Baki yang mengalir dalam semangat kita, harus kita pergunakan dengan sebaiknya.

Kita percaya bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

MOHON SOKONGAN untuk calon dari Selangor.

IRMOHIZAM IBRAHIM : NAIB PRESIDEN

ISMADEE DATO ISHAK : AHLI MAJLIS TERTINGGI

Tuesday, November 3, 2009

PENASIHAT DAN BIRO-BIRO GPMS SELANGOR

Sabtu lalu (31 Oktober 2009), GPMS Selangor telah mengadakan mesyuarat pertamanya. Antara lain, GPMS Selangor bersetuju untuk melantik saudara Mustaffa Latiff, bekas Pengerusi GPMS Selangor sebagai Penasihat GPMS Selangor.

Selain itu, GPMS Selangor juga mencadangkan TNC UiTM dan Pegawai HEP Unisel Shah Alam sebagai Penasihat GPMS Selangor.

Dalam masa yang sama, beberapa biro telah diwujudkan dan diberikan amanah kepada AJK GPMS bersesuaian dengan kehendak dan permintaan mereka sendiri.

Berikut adalah senarai biro dan pengerusinya:

Biro IT, Pendidikan & Penyelidikan:

Pengerusi : Sdri. Bibi Zaleha

Timbalan Pengerusi : Sdr.

Biro Ekonomi, Pembangunan Usahawan & Antarabangsa:

Pengerusi : Sdr. Ismadee Asmara Dato Ishak

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr. Sharadi Mohd Yusop

Biro Penerangan:

Pengerusi : Sdr. Irmohizam Ibrahim

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr.

Biro Kebajikan:

Pengerusi : Sdr. Raja Shahrul Nizam Raja Yahya

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr.

Biro Pembangunan Wanita, Kebudayaan Dan Warisan:

Pengerusi : Sdri. Ketua Sekretariat Wanita

Timbalan Pengerusi : Sdr.

Biro Belia & Sukan:

Pengerusi : Sdr. Mohamad Salleh Mohamed Sidek

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr. Mohamad Hamzi Zanuddin

Biro Latihan:

Pengerusi : Sdr. Naqiuddeen Esa

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr. Shamsul Nizam Mohd Razi

Biro Tugas-Tugas Khas & Program:

Pengerusi : Sdr. Nor Azley Alias

Timbalan Pengerusi 1 : Sdr.