Sunday, September 20, 2009

Selamat Hari Raya Aidil Fitri

Assalamualaikum wbt. Di penghujung Ramadhan, kami warga GPMS Selangor ingin merakamkan ucapan Selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin kepada seluruh umat Islam di Malaysia dan serata dunia. Kami berharap hari lebaran esok akan disambut dengan penuh keinsafan dan kesyukuran atas limpah kurnia Allah swt kepada negara kita.

Khusus kepada pembaca blog GPMS Selangor, serta sesiapa yang mengikuti perkembangan GPMS Selangor melalui platform yang lain, kami menyusun jari memohon ampun maaf sekiranya ada sebarang kesilapan yang diperlakukan atau terserlah mana-mana kekurangan kami selaku hamba Allah yang biasa. Semoga Syawal ini akan membawa kepada perpaduan di antara kita rakyat 1Malaysia - memperkasakan ummah demi kesejahteraan semua.

GPMS Selangor
www.gpms-selangor.blogspot.com

Tuesday, September 15, 2009

Majlis Berbuka Puasa GPMS Shah Alam Bersama Anak Yatim Di Rumah Solehah

GPMS Cawangan Shah Alam (GPMS-SA) telah berkesempatan untuk memeriahkan majlis berbuka puasa bersama anak yatim pada 12hb September 2009. Program anjuran Yayasan Salam Malaysia itu telah diadakan di Rumah Solehah, Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

Seramai 11 orang wakil dari cawangan ini telah meluangkan masa untuk bermesra bersama adik-adik dirumah tersebut. Seterusnya berbuka puasa dan solat maghrib berjemaah. Jelas perasaan gembira terpancar diwajah-wajah mereka dengan kehadiran abang-abang dan kakak-kakak walaupun hanya untuk seketika.

Penghuni rumah tersebut seramai 20 orang terdiri daripada adik-adik yang berumur 3 tahun hingga 14 tahun. Apa yang mengharukan adalah kebanyakan daripada adik-adik tersebut telah dijangkiti virus HIV positif. Ada juga yang telah ditinggalkan dan tidak dapat dikesan IbuBapa mereka. Terdapat juga adik-adik yang cacat dan mangsa penderaan.

GPMS-SA berpendapat bahawa usaha-usaha seperti ini perlulah diberikan sokongan penuh oleh badan-badan bukan kerajaan dan syarikat-syarikat swasta dalam bentuk sumbangan tenaga atau kewangan bagi membantu meringankan beban pihak pengurusan.

Ucapan setinggi-tinggi tahniah diucapkan kepada sukarelawan Yayasan Salam Malaysia diatas usaha mereka. Semoga niat murni ini dapat diteruskan lagi dalam meniupkan sifat kasih dan sayang sesama insan ke dalam diri sebagai khalifah di bumi Malaysia tercinta. Ucapan terima kasih juga kepada wakil kami Saudari Siti Sarah yang juga merupakan wakil Yayasan Salam Malaysia dan Mak Wan, Pengetua Rumah Solehah kerana memberikan peluang ini.

Selamat Hari Raya Aidilfitri 1430H dan Maaf Zahir Batin buat adik-adik serta warga Rumah Solehah. Selamat Maju Jaya.

Friday, September 4, 2009

Pertandingan Boling Tertutup GPMS Peringkat Negeri Selangor 2009

Saya ingin memaklumkan terlebih dahulu perkara di atas secara tidak rasmi.

GPMS Shah Alam akan menganjurkan pertandingan boling tertutup seperti maksud di atas. Jawatankuasa Program bermesyuarat pada 25 Ogos 2009 dan bersetuju untuk memohon kerjasama dari pihak GPMS Selangor. Maklumat ringkas program seperti berikut:-

Nama Program:
Pertandingan Boling Tertutup GPMS Peringkat Negeri Selangor 2009 Anjuran GPMS Shah Alam Dengan Kerjasama GPMS Negeri Selangor.
Tarikh: 25hb. Oktober 2009.

Tempat: Ampang Superbowl Malaysia, Summit USJ.

Perkembangan terkini, akan kami maklumkan dari semasa ke semasa.

Sekian. Terima Kasih.

Mohd Fairoze Mazly
Pengarah Program.
Pengerusi Biro Sukan GPMS Shah Alam