Wednesday, April 28, 2010

GPMS Selangor simpati dengan keluarga adik Aminulrasyid


Oleh: Mohd Faizal Mohd Salleh

GPMS Selangor simpati dengan apa yang menimpa keluarga Aminulrasyid Amzah,15 yang meninggal dunia akibat terkena tembakan polis peronda apabila remaja tersebut cuba melarikan diri selepas diarahkan memberhentikan kereta.

GPMS Selangor berharap agar semua pihak khususnya keluarga Allahyarham agar dapat bersabar dan bertenang sehingga siasatan selesai.

GPMS yakin dengan integriti polis yang berjaya mengawal ketenteraman awam selama ini. Pada masa yang sama, pihak kami meminta kerajaan khususnya pihak Polis Di Raja Malaysia (PDRM) untuk menyiasat kes ini secara terperinci dan telus bagi memastikan keadilan kepada mereka yang terbabit.

Dalam hal ini, PDRM hanya menjalankan tugas untuk mencegah kes-kes jenayah, mengelakkan sebarang kemungkinan yang berlaku di dalam kawasan perjiranan, oleh itu kita tidak harus menyalahkan pihak polis sahaja dalam hal ini sedangkan mangsa cuba melarikan diri ketika diarahkan polis untuk memberhentikan kenderaannya.

Pihak berwajib perlu menyiasat mengapa mangsa melarikan diri dan engkar arahan polis selain menyiasat rakan mangsa yang keluar dari kenderaan apabila kenderaan tersebut berjaya disekat pihak berkuasa.

Saya yakin, kita juga akan menyalahkan polis dan pihak berkuasa lain sekiranya berlaku kejadian jenayah di kawasan kita. Oleh itu, semua pihak khususnya masyarakat tidak memandang serong kepada tindakan polis dalam melaksanakan tanggungjawab menjaga keselamatan dan ketenteraman masyarakat.

GPMS Selangor juga meminta pihak-pihak tertentu untuk tidak mempolitikkan kes adik Aminulrasyid Amzah ini, dengan membuat tuduhan-tuduhan atau spekulasi yang bertujuan mengeruhkan lagi keadaan.

1 comment:

  1. cadangkan kepada pihak polis supaya disediakan satu garis panduan kepada mereka2 yg tidak mematuhi peraturan jalan raya yg takut disaman atau ditangkap dalam sekatan jalanraya... (pernah berlaku kepada saya, memandu tanpa lesen dan kebetulan ada sekatan jalan raya, saya berhenti di tepi jalan n tukar driver...tp lepas tu kena tahan jugak, so, abg polis tu bg tau, kalau ada road block, jangan takut..jalan je, kalau kena tahan n polis mintak lesen, mengaku je, mintak maaf sbb memandu tanpa lesen...lebih baik dr memecut terus or merempuh sekatan atau cuba berpatah balik sebab dikhuatiri akan menimbulkan syak pada pihak polis...so, mintak pihak polis war-war kan garis panduan bila bertemu dengan sekatan jalan atau bila dikejar oleh kereta peronda polis... :)

    ReplyDelete