Sunday, August 2, 2009

PROGRAM SEHARI BERSAMA GPMS UiTM 2009

Program yang baru sahaja dijalankan baru-baru ini adalah Program Sehari Bersama GPMS UiTM 2009 yang julung-julung kalinya diadakan kerjasama antara GPMS cawangan khas yang lain di Malaysia.

Program telah berlangsung dengan lancarnya dari 17hb hingga 18hb Julai 2009, yang bertempat di Kampus Puncak Perdana. Objektif program ini dijalankan untuk mengabungkan GPMS setiap cawangan untuk sama-sama berkumpul dan berbincang tentang hala tuju GPMS pada masa hadapan sebagai platform untuk melahirkan pelajar yang cemerlang dari segi akademik dan sosial sejajar dengan Mukadimah GPMS.




Selain itu, menimbulkan kesedaran kepada mahasiswa Melayu akan tanggungjawab dan peranan utama mereka sebagai pelajar dan seterusnya menyedari perihal pentingnya ilmu pengetahuan, pengalaman dan kecemerlangan pelajaran untuk survival bangsa di tanah air sendiri.

Cawangan yang hadir untuk menjayakan program ini adalah exco-exco GPMS UiTM cawangan Dungun, Terengganu, exco-exco GPMS cawangan Unisel Bestari Jaya dan exco-exco GPMS cawangan UiTM Shah Alam. Jemputan yang turut hadir untuk memeriahkan dan menjayakan program adalah mantan-mantan dan alumni.




Penceramah khas di jemput hadir untuk berucap bagi menaikkan semangat hadirin yang hadir adalah En. Mohd Faizal Mohd Salleh wakil dari GPMS Kebangsaan, En. Abu Zarin wakil dari Biro Tatanegara cawangan Selangor dan En. Akmal Dahlan (Sarjen).

Program berlangsung dari jam 8.00 pagi dan berakhir pada jam 6.45 petang pada hari sabtu iaitu 18 julai 2009. Pada malam hari, exco-exco menyertai permainan bagi merapatkan lagi hubungan antara ahli-ahli GPMS. Pada akhir pertemuan, mereka yang hadir telah memberikan reaksi yang positif terhadap program yang dijalankan dan berharap program-program seperti ini akan diadakan lagi pada masa akan datang dan pastinya lebih baik dari sebelumnya.

Di kesempatan ini, di ucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan jutaan terima kasih kepada mereka yang terlibat secara langsung atau tidak langsung bagi menjayakan program ini. HIDUP GPMS!!!

No comments:

Post a Comment