Thursday, November 5, 2009

PEMILIHAN PUCUK PIMPINAN GPMS: SELANGOR KEMUKA DUA CALON

Nov ini, GPMS akan mengadakan pemilihan pucuk kepimpinan di peringkat pusat. Setelah sepenggal Dato’ Sri Reezal Merican Naina Merican memimpin GPMS, pada tahun ini beliau telah mengumumkan untuk mengundurkan diri dan memberikan peluang kepada muka baru untuk memimpin GPMS.

Persoalannya siapa? Timbalan Presiden, Syed Anuar Syed Mohamed pasti tidak bertanding atas faktor umur serta Naib Presiden, Hang Tuah Din yang juga mengalami situasi yang sama.

Dua nama yang disebut-sebut ialah saudara Jais Karim dan Saudara Rosdi Amir, kedua-duanya merupakan Naib Presiden GPMS pada penggal ini. Apapun, kedua-duanya mempunyai kekuatan dan kekurangan masing-masing, sebagai ahli, siapa sahaja yang bakal menduduki tahta Presiden kelak, kita akan sokong dan bantu demi menjayakan perjuangan GPMS demi pelajar-pelajar Melayu.

Sehubungan dengan itu, besarlah harapan kami di GPMS Selangor untuk mengumumkan dua calon yang menawarkan diri untuk turut bertanding dalam pemilihan akan datang.

Ketua Penerangan GPMS Selangor yang juga EXCO GPMS Pusat sekarang, saudara Irmohizam Ibrahim menawarkan diri untuk bertanding sebagai Naib Presiden GPMS Kebangsaan manakala Naib Pengerusi GPMS Selangor, saudara Ismadee Dato’ Ishak menawarkan diri untuk bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi GPMS pada penggal yang akan datang.

Bagi pihak GPMS Selangor, sokongan dan harapan diberikan sepenuhnya kepada Irmo dan Ismadee, jika dipilih nanti…. Percayalah bahawa darah perjuangan Allahyarham Aminuddin Baki yang mengalir dalam semangat kita, harus kita pergunakan dengan sebaiknya.

Kita percaya bahawa Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.

MOHON SOKONGAN untuk calon dari Selangor.

IRMOHIZAM IBRAHIM : NAIB PRESIDEN

ISMADEE DATO ISHAK : AHLI MAJLIS TERTINGGI

No comments:

Post a Comment