Saturday, December 26, 2009

Sekitar EGL GPMS Unisel Shah Alam, GPMS-Shah Alam, GPMS Selangor dan GPMS UniKL Micet

























GPMS cawangan Khas Unisel Shah Alam dengan kerjasama GPMS Selangor akan mengadakan program Ekplorasi Gunung Ledang yang bermula 17 – 22 Disember ini di Hutan Lipur Gunung Ledang, Johor.

Mantan YDP GPMS Unisel Shah Alam, Wan Mohd Shafiq berkata, program ini disertai kira-kira 60 orang peserta dari kalangan kepimpinan dan ahli-ahli GPMS Cawangan Khas Unisel Shah Alam dan GPMS Cawangan Khas UniKL Micet, yang bertujuan untuk melahirkan ahli-ahli GPMS yang peka, sensitif, inovatif, kreatif dan berani selain menyediakan barisan kepimpinan pelapis yang mempunyai daya kepimpinan berkualiti.

"Dalam masa yang sama, program ini juga bertujuan untuk menyatu-padukan ahli-ahli GPMS selain melahirkan ahli yang ‘komited’ terhadap perjuangan GPMS sama ada di peringkat cawangan, negeri mahupun di peringkat nasional.

GPMS sedar, generasi muda khususnya golongan belia hari ini sukakan aktiviti-aktiviti yang mencabar. Dalam masa yang sama, negara memerlukan generasi ini sebagai pelapis kepimpinan di masa hadapan," ujarnya yang merupakan pengarah program EGL 2009.

Kita juga sedar bahawa sebilangan remaja dan golongan belia ini telah berjinak-jinak dengan aktiviti-aktiviti tidak sihat seperti gejala penagihan dadah dan masalah sosial yang lain.

Sehubungan dengan itu, GPMS memulakan satu pendekatan baru dalam menarik lebih ramai generasi muda untuk menyertai program-program GPMS dalam usaha menghindarkan golongan ini dari terjebak dalam kegiatan tidak sihat, kerana yang rugi ialah anak bangsa kita sendiri dan negara khususnya.


No comments:

Post a Comment