Kami pelajar-pelajar Melayu yang dijemput oleh Jawatankuasa Sementara GPMS untuk menghadiri Persidangan Penubuhan Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung di Kuala Lumpur pada 14 dan 15 Ogos 1948.
SEDAR atas perlunya disatukan tenaga sekalian pelajar Melayu di Semenanjung Tanah Melayu
SEDAR akan kemunduran kami di alam pengetahuan
SEDAR atas kewajipan kami untuk meninggikan darjat pengetahuan bangsa
SEDAR bahawa maju mundur, kaya miskin dan hina mulianya bangsa itu terletak di tangan kami
BERPENDAPAT bahawa GABUNGAN PELAJAR MELAYU SEMENANJUNG wajiblah didirikan dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan.
No comments:
Post a Comment