Tuesday, October 27, 2009

GPMS Selangor umum perlantikan baru (UM, 27 Okt 09-page 27)


Renungan Bersama: Pesanan Aminuddin Baki

Mengenali Allahyarham Aminuddin Baki: 'Dalam satu ceramahnya menerusi Radio Malaysia pada 21 Januari 1964, Aminuddin pernah menegaskan tentang kepentingan pelajaran.

Katanya: Usaha dan ikhtihar kita di lapangan mengubah nasib sendiri menerusi pelajaran tidak dapat dinafikan adalah satu usaha yang rumit dan mengandungi berbagai-bagai masalah. Cara mengatasinya tidak sahaja menuntut adanya kemudahan-kemudahan wang sebagaimana biasiswa pelajaran yg diadakan oleh phk kerajaan atau kemudahan2 bersekolah spt bangunan2 sekolah dan asrama, guru2, buku2 dan alat-alat.'



- Petikan dari buku Aminuddin Baki - Tokoh Pendidikan- tulisan Mohd Tajuddin Abdul Rahman yg diterbitkan oleh Pelanduk Publication, 1987

Thursday, October 22, 2009

KENYATAAN MEDIA; Perlantikan Pegawai GPMS Negeri Selangor


Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung negeri Selangor merakamkan ucapan terima kasih kepada Mustafa Latif, mantan Pengerusi GPMS Negeri Selangor yang telah memimpin dan meletakkan GPMS Selangor di satu tahap yang terbaik untuk diwarisi oleh kepimpinan baru GPMS Selangor.

GPMS Selangor juga ingin merakamkan ucapan terima kasih buat Wan Ahmad Wan Ibrahim dan Abu Hassan Kamal di atas kerja dan sumbangan mereka selama ini kepada GPMS negeri Selangor.

Sehubungan dengan itu, GPMS negeri Selangor hari ini mengumumkan senarai Pegawai GPMS negeri Selangor yang baru.

Berikut adalah nama Pegawai baru GPMS Negeri Selangor:-

Sdr. Mohamad Rashidi Ismail
Setiausaha
GPMS negeri Selangor
(YDP GPMS Cawangan Hulu Langat)

Sdri. Liana Haslan Tan
Pen. Bendahari
GPMS negeri Selangor
(Naib YDP GPMS Cawangan Shah Alam)

Sdr. Irmohizam Ibrahim
Ketua Penerangan
GPMS negeri Selangor
(Pengerusi Penaja GPMS Cawangan Kuala Selangor)

Semoga dengan lantikan ini, Jawatan Kuasa Pengurusan GPMS Negeri Selangor yang akan dipengerusikan oleh sahabat saya, Sdri. Bibi Zaleha Zulkiple selaku Timbalan pengerusi GPMS Negeri Selangor, bersama-sama dengan pegawai-pegawai yang telah diumumkan akan dapat menjalankan tanggungjawab dengan penuh amanah dan dedikasi bagi memastikan usaha memartabat dan meletakkan GPMS pada landasan memperjuangkan dan matlamat GPMS, dengan tujuan menjaga hak-hak, mengemukakan segala permintaan dan memperbaiki keadaan pelajar-pelajar Melayu dari segenap lapisan dapat menjadi kenyataan.

layarilah: www.gpms-selangor.blogspot.com


MOHD FAIZAL MOHD SALLEH
Pengerusi
GPMS negeri Selangor

Shah Alam, 22 Oktober 2009

Friday, October 16, 2009

Sekitar Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Negeri Selangor

Mesyuarat Agung Tahunan GPMS Negeri Selangor telah diadakan pada 11 Oktober yang lalu. 7 cawangan yang telah berdaftar dengan ROY iaitu GPMS Negeri Selangor, Cawangan Shah Alam, Cawangan Gombak, Cawangan Klang, Cawangan Khas Unisel Shah Alam, Selayang dan Subang telah menghadiri MAT tersebut selain Cawangan Hulu Langat, Sepang, Puchong, Ampang, Pandan dan UiTM Shah Alam yang masih dalam proses pendaftaran di peringkat ROY.

MAT ini telah di Dewan MUT, Kulliyyah Undang-Undang UIA, Gombak.

Mesyuarat kali ini menyaksikan perubahan kepimpinan bagi jawatan tertinggi setelah 3 jawatan kosong selepas penyandang yang diketuai Mustaffa Latiff melebihi umur 40 tahun.